0

surat dari cikgu...



surat ini masih tersimpan kemas dalam lipatan..seperti masih baru keadaannya..jika 18 tahun dulu aku kurang memahami maksud berjaya dan kejayaan.. Setiap kali mengemas kotak bacaan sering aku membaca surat ini kerana aku selalu lupa apa isi di dalamnya..esok adalah hari pertama aku bergelar pegawai pendidikan pengajian tinggi@pensyarah@pembantu pensyarah@jurubahasa isyarat..

dari kaca mata seorang guru..


Haslinda,

Cikgu ucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

Tahun ini Haslinda sudah di Tahun 6 dan bakal menghadapi UPSR. Tentu sekali Haslinda bercita-cita untuk mendapat 4A. Itu tidak mustahil, sebabnya Haslinda adalah seorang murid yan baik dan rajin.

Cikgu lihat Haslinda ada kemajuan. Itu menunjukkan Haslinda berkemampuan untuk lebih maju dan mencapai keputusan pelajaran yang lebih baik dan cemerlang. Dengan itu Haslinda berusahalah belajar dengan bersungguh-sungguh.

Haslinda hendaklah banyak membuat latihan. Terutamanya matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (penulisan dan kefahaman).

Sekiranya Haslinda menghadapi masalah, Haslinda tanyalah guru. Jangan segan-segan. Tentu cikgu suka menjawab apa yang ditanya oleh Haslinda. Haslinda juga boleh berbincang dengan kawan-kawan. Pasti nanti Haslinda akan mendapat keputusan yang baik.

Selamat belajar dan pastikan mendapat 4A dalam UPSR nanti.



Yang Ikhlas,

Cikgu Ahmad Nasal 3 Dis 1993


*terima kasih cikgu..jasa cikgu tidak dilupakan...aku pernah bermimpi menjadi seorang pendidik
dan aku pernah bermimpi ianya menjadi kenyataan...hanya Allah lebih Mengetahui dan aku tidak mengetahui...
 
Copyright © AKU