0

KEMANISAN BERPUASA...


hmm jem la pulak kat federal highway ni..banyakbetul kereta hari ni sampai xbergerak..sampai aku boleh tertido berkali2..naik pukul 5.30.akhirnya sampai gak kat kl sentral tapi jam 7..huhu cepat cepat lagi 1/2 jam nak berbuka..hmm xpelah gi jelah 7 E..air kotak spare..cap crisenthemum

ha tu dia U76
ha tu dia u68
ha tu dia u60

TAPI semua bus xtunggu lama..blah gitu jek..oi aku baru nak lintas..tolongla tunggu..

nasib la baik u70 sebab aku yang terpacak dulu sebelum u70..hehe

aku: pakcik takleh topup..
pakcik: cuba belakangkan duit tu
aku: dah tak bleh gak.
pakcik: tunggu ye..kamu ada berapa?
aku: rm5.
pakcik:kita cuba topup sekali lagi
aku: pakcik tak boleh ke pakcik amik rm5 ni pastu bagi saya rm3 (tiket rm2)
pakcik: boleh..tapiiiiii saya nak topupkan sebab senang awak lepas ni..
aku: ok..pakcik selamat berbuka ;)
pakcik: belum lagi..baru pukul 7..hehehh
pakcik: ok dah topup..aih..banyak lagi topup awak..
aku: ya sbb saya banyak keluar ;)


meraban tengah carik tempat duduk...port belakang..aishhhh dah 7.15...
hukkk..semua warga asing..maknanya yang berpuasa aku n pakcik?

meraban cari ear phone..cepat2 buka radio..mana chanel azan ni..
alamak dah azan..kesian pakcik tu..

eh xsemena2 aku dah sampai depan sebelah driver (kewajipan sesama islam adalah ingat mengingati antara satu sama lain) ehehhehe

aku: pakcik..dah azan ;)
pakcik:ya..ni pun ada orang call bagitau azan..awak berbuka apa?
aku: air je pakcik..
pakcik: saya pun air je..
aku: pakcik habis shift bila?
pakcik: sekejap lagi habis la..ni nak kena sampai puchong dulu..diorang (member) dah tunggu kat sana..mana boleh tak tunggu otai (pakcik)...
aku: hahahahah pakcik rumah saya dah dekat.kat depan tu je lagi.
pakcik: kat mana?
aku: depan hotel pearl..depan pasaraya central..
pakcik: owh flat tu (low cost apartment)..blok mana?
aku: D
pakcik: haaaahhhh saya tinggal kat situ la..
aku:lorrr
pakcik: tingkat berapa?saya tingkat 2.
aku: tingkat 13.
pakcik: eh tingkat 13 kan ada orang keje rapid.biasa tengok? tu kawan saya:
aku: ada..pakcik saya nak tanya boleh?
pakcik: apa?
aku: hari tu saya ada baca iklan rapid jawatan kosong..pasal technition/ mechanic. saya ada pelajar pekak yang masih belum dapat kerja..diorang belajar mechanical..adalah boleh repair skit..ada tak peluang untuk diorang keje dengan rapid..kesian diorang..belajar tapi susah nak dapat keje yang sesuai..
pakcik: sebenarnya ada..bas ni pun bus oku juge..cubalah..kamu pergi kat pejabat tu..tau kan mana..atau kamu pergi kat cosway tu tapi tingkat sekian sekian..kamu jumpa haji ibrahim..insyallah dapat..minta dia (pelajar) siapkan resume dan sijil yang ada..
aku: (alhamdulillah)..haji ibrahim ye pakcik..terima kasih..insyallah nanti saya jumpa dia.
aku: pakcik dah nak sampai dah..jumpa lagi
pakcik: hihihihii ye kat flat tu je..insyallah jumpa ;)




0

surat dari cikgu...



surat ini masih tersimpan kemas dalam lipatan..seperti masih baru keadaannya..jika 18 tahun dulu aku kurang memahami maksud berjaya dan kejayaan.. Setiap kali mengemas kotak bacaan sering aku membaca surat ini kerana aku selalu lupa apa isi di dalamnya..esok adalah hari pertama aku bergelar pegawai pendidikan pengajian tinggi@pensyarah@pembantu pensyarah@jurubahasa isyarat..

dari kaca mata seorang guru..


Haslinda,

Cikgu ucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

Tahun ini Haslinda sudah di Tahun 6 dan bakal menghadapi UPSR. Tentu sekali Haslinda bercita-cita untuk mendapat 4A. Itu tidak mustahil, sebabnya Haslinda adalah seorang murid yan baik dan rajin.

Cikgu lihat Haslinda ada kemajuan. Itu menunjukkan Haslinda berkemampuan untuk lebih maju dan mencapai keputusan pelajaran yang lebih baik dan cemerlang. Dengan itu Haslinda berusahalah belajar dengan bersungguh-sungguh.

Haslinda hendaklah banyak membuat latihan. Terutamanya matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (penulisan dan kefahaman).

Sekiranya Haslinda menghadapi masalah, Haslinda tanyalah guru. Jangan segan-segan. Tentu cikgu suka menjawab apa yang ditanya oleh Haslinda. Haslinda juga boleh berbincang dengan kawan-kawan. Pasti nanti Haslinda akan mendapat keputusan yang baik.

Selamat belajar dan pastikan mendapat 4A dalam UPSR nanti.



Yang Ikhlas,

Cikgu Ahmad Nasal 3 Dis 1993


*terima kasih cikgu..jasa cikgu tidak dilupakan...aku pernah bermimpi menjadi seorang pendidik
dan aku pernah bermimpi ianya menjadi kenyataan...hanya Allah lebih Mengetahui dan aku tidak mengetahui...
0

ALAHAI...



Habis perlawanan futsal..bergegas pulang..perlu kirimkan wang dari sada kepada keluarganya..cash deposit..kat giant xnampak bayang..jadi gi bank kat umah jelah..jarak bank dari rumah xlah jauh mana ala-ala 30 min keseluruhan proses masa.

kunci pintu umah = 1 min
bergerak ke lif = 3 min
tunggu lif = 5 min
keluar ke lif-bus stop = 5 min
jalan kaki ke bank = 11 min

disebabkan tapak yang sakit selama 4 bulan lamanya..aku buat keputusan naik jelah teksi..



PERGI


TEKSI C


TC : :)
aku : ;) uncle hantar sana bus stop parkson boleh?
TC : sana ah...mau u-turn ah?
aku : ya ya
TC : ") ai manyak dekat. napa tak jalan?
aku : i kaki sakit
TC : oh..hehe xpalah kita sama2 tolong. Ini hari u bantu saya ;)
aku : ya uncle...betul..saya mau bagi uncle income maaa...ini hari i bagi uncle income..lain hari
orang lain tolong i maaaa ;)
TC : ya betul...ini hari u beri i rm 3..i tolong u teksi, nanti lain masa orang tolong i pula..bagus la..



BALIK

TEKSI M


TM : mana?
aku: hantar sampai bus stop apartment sana boleh?
TM : rm 4 boleh?
aku : emmmmmm (fikir panjang)...(angguk2)
TM : teksi depan dah pergi putrajaya. teksi belakang dah pergi salak south. berpuluh2 ringgit
dapat. saya tunggu sini lama dah.
aku : hmmmmmm
TM : tu yang mintak rm 4. yelah kalau rm 3 saya rasa xseronoklah.
aku : itu semua kan rezeki (sedas)
TM : (diam)..






 
Copyright © AKU