0

PIZA SEPUPU AKU

Malam tadi hujan ribut…tiada mahu aku katup tingkap kerana aku suka rembesan hujan…angin deras menampar-nampar pipi dengan lembut…selimut ku tarik beberapa kali lantas kepenatan di siang hari…pintu diketuk lembut mama tanda tahu enggan aku katup tingkap…

Letih nak mampos…3 bulan aku kerah keringat…memang aku kuat bekerja…mama tak gemar melihat aku bertingkah begitu…balik kerja…mandi..solat...makan…terus aku matikan diri seawal mungkin…kurang manja dengannya…dan agak wegah (malas) sekali aku membuat kerja-kerja rumah…tapi abah 2 3 hari ni balik awal…rindu aku agaknya..aku pun rindu ngan abah gak…sabtu ahad memang masa aku untuk family aku betul-betul…biasa ahad tengok tv sama abah n mama…baca paper sama­-sama…mengusik..bergurau…marah-marah sayang...

Awal pagi ni aku mula dengan tenang melangkah awal menuju ke perhentian walaupun masa ku tilik berkali-kali…peredarannya agak lewat…

Sampai sudah pucong, 8.30, awal sangat, ah xmungkin aku tuju terus KLH, menggerutu dalam hati…g ah 7 E..beli apa ek…mentos..tu jew?...lagi? mata tertumpu bernaskah media bacaan…paper?..xnak..wanita?..xnak…mangga?..xnak…napa jemari ini menggeletik mencapai…si kiri cuba menangkap maksud kanan…jangan katanya…apa haram kew…kanan menyanggah…lantak korang la nak bergaduh…hati berasa dangkal…ni je kak? si penjaga kaunter bertanya…em ni jew…

Harmoni…isk…HARMONI!!!...yang aku beli…isk…segala anggota terdiam…masing-masing memandang…apa betul ke?emmmmm..dah nak kahwin kew…mungkin dah dekat-dekat…agaknya…bila nak baca? balik umah ah baca…agak ironi kira aku baca di kaunter disaksikan mata-mata yang lain..dan mungkin persoalan yang sama diaju pada aku…malas merangka jawapan..mengelak lebih baik…

Mungkin kala dilihat mama aku membaca…terkejut mungkin tidak…faham lebih ia rasanya…penat agaknya mengasak aku dengan soal kawin…walaupun dengan bunga-bunga bahasa…tak sabar lagi…bukan desak…menyuarakan hasrat…

Memikir….membawa aku bulan 6 ini…kakak sepupu nak kawin!!!! Hai…tahniah dari aku…tapi aku mula rasa gelisah…bukan sebab dia nak kawin…tapi sebab-sebab yang akan berlaku selepas dia kawin…huaaaaaaa….

emm kalo balik kampung kedah..aku nak tido ngan sapa…dari kecit sampai beso…bila balik sini aku memang asik berkepit je ngan dia…dialah tempat aku bermanja almaklum aku mana ada kakak n abang…adik jew, dia plak xde adik ppuan 2 adik lelaki jew…meski pakcik ada triple anak perempuan..tapi obviously…kami berdua memang rapat…dialah orang yang selalu beking aku bila aku terang-terang buat salah nak nak bila maksu menjerit sakan marah cucu-cucu nenek buat salah…bergegar kampung..ekekekk….bertempiaran lari semua…termasuklah aku, yang tak sempat lari gasak ah kena cubit maksu…hahaaah meluah isi cerita, bantal bucuk aku pun dia jugek, kala dingin menitiskan embunan pada zink halah halah kak piza….
emm dah tentu xde sapa nak bawak aku naik moto ronda-ronda satu kampung....hirup udara dari hembusan pokok getah…lalu kat kubur…rumah usang…rumah tinggal…belitan belukar..sengaja menakutkan diri…hhehe…nak nak bila orang kampung…ohhh ni la linda anak man…ekkekek mai mana…kl..itulah ayat-ayat yang kerap diulang dari aku kecit sampai beso…dulu tiap kali aku nak balik kl..aku pelik sangat..jiran-jiran kat kampung..kawan-kawan arwah nenek sanggup berkumpul bawah rumah untuk memeluk kami, bersalaman, mengucapkan selamat tinggal..kirim salam dan sekian-sekian…muhibah betul…rasa bestlah..ada gak yang nangis…ekekek…tapi la ni dah xlagu tu…ramai mati dah…yang muda lari kl…emm

Satu sindrom yang aku nampak kat sini..kebanyakan wanita berkawin dengan lelaki lebih muda dari diorang…emmm..what to say..dah jodoh…emm jodoh aku?...jawapan yang klise aku leh bagi…kuputuskan…biarlah rahsia…hehehe
0

SEPATU 3










Cuba teka milik siapakah sepatu-sepatu ini?

Adakah pemiliknya hanya sepemilik sahaja?

Atau sepemilik ini mempunyai 3 sepatu yang sama?

Atau 3 sepatu yang sama mempunyai 3 pemilik yang sama?

Mari kita lihat jawapan di bawah......ehehhehehe.....






Jawapan: pacit, feat n is.....

sebenarnya...saya tidak tahu mengapa blog kali ini saya sungguh jaki sekali...

sebenarnya....saya suka nak gelak...

sebenarnya...saya nak mengusik adik is yang suka sangat berbaju belang slim....ekeke

tu jew....

semoga terhibur.....ekekeke

0

ZALITA VS AIN


Babak Cinta Untuk Ain:-

ZALITA: Shahrul saya cintakan awak!

SHAHRUL: Awak tak boleh macam ni. Awak kawan Ain.

ZALITA: Kenapa awak cari Ain? Ain tak nak dicari! Awak tak nampak ke saya sayangkan awak?

SHAHRUL: Saya cerita masalah saya pada awak supaya awak beritahu Ain. Awak tak
sepatutnya buat Ain macam ni.. Ain percayakan awak..Awak kawan baik dia..Awak
tikam dari belakang!..Sepatutnya awak jaga hubungan kita!...

Kejikan emm...pada pendapat anda, jika anda mengaku diri anda sebagai sahabat kepada rakan
baik anda...tegakah anda menikamnya dari belakang, dari depan, dari kiri, dari kanan, dari atas, dari bawah..atau di mana penjuru sekalipun..tegakah anda?!...

Kejikan emm...pada pendapat anda, jika anda mengaku diri anda sebagai sahabat kepada rakan baik anda...tegakah anda mendapat nama, kuasa, pangkat, cinta yang bersifat dunia dengan menikmatinya dari kesusahan rakan-rakan yang lain? Tegakah anda?!...Fikirkanlah...kerana ia bisa jadi jatuh pada talak penganiayaan pada insan yang lain..ehmm..

Soalan di atas adalah soalan kecekapan minda..


Sekadar untuk berkongsi dan renungan bersama:

Wahai telinga yang mendengar...
Mendengarlah dengan rasa takwa...
Wahai bibir yang berkata-kata...
Berkata-katalah dengan Zikrullah...
Wahai jiwa yang hidup...
Hiduplah dengan kasih sayang...
Wahai jantung yang berdegup...
Berdeguplah dengan kalimah Lailahaillallah..
 
Copyright © AKU